Pada 27 Februari 2010 hari Sabtu, satu program integriti 1 Malaysia telah dianjurkan bersama dengan Kelab Seni Budaya, Persatuan Bahasa Cina, Persatuan Agama Budha, Kelab Orkestra Cina dan Kelab Rukun Negara. Pesta Ang Pow telah diadakan bagi tujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan tentang kebudayaan Cina dan maklumat tentang Tahun Baru Cina. Di samping itu, Kelab Rukun Negara mengambil kesempatan untuk menjemput Perkis untuk turut bersama meraikan Tahun Baru Cina. Pesta Ang Pow ini merupakan titik permulaan diperkenalkan untuk memberi peluang kepada pelajar yang berbilang kaum bersama-sama dan memberikan satu persembahan yang berbentuk 1 Malaysia yang boleh dicontohi. Sebagai contoh pasukan gamelan dan caklempong yang berbilang kaum telah mempersembahkan lagu Tahun Baru
Cina selain daripada muzik tradisional gamelan dan caklempong. Tarian India juga dipersembahkan pada malam tersebut. En Khor Aik Kin selaku Penasihat Persatuan Bahasa Cina telah bertungkus lumus mencari bahan dan pertunjukan tarian singa, naga, gendang 24 musim untuk dikongsi bersama dengan murid.
No comments:
Post a Comment