Saturday, June 5, 2010

Persembahan Gamelan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Selatan Pada 3 Jun 2010




Pasukan gamelan dan caklempong telah dijemput untuk membuat lagu selingan dan iringan semasa penyampaian anugerah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah SPS 2010 di ILP pada 3 Jun 2010. Walaupun seminggu latihan, maka kumpulan ini telah berjaya memainkan beberapa lagu. Antaranya Dikir Puteri, Timang Burung, Perang, Madu dan Racun, Shanghai Beach, dan Flower drum Songs. Terima kasih semua murid yang terlibat. Selain itu, pihak sekolah ini merakamkan jutaan terima kasih kepada tiga orang bekas pelajar iaitu Lee Ai Win, Lim Khai Chee dan Teoh Wen Xin kerana sudi meluangkan masa untuk membantu melatih murid ini walaupun mereka bercuti. Khidmat bantuk mereka amat diperlukan kerana latihan koir dan gamelan diadakan serentak dan En Lee Chai Huat terpaksa mengendalikan koir. Saya amat bangga dengan mereka kerana mereka adalah satu-satu bekas murid yang dapat membantu sekolah dalam bidang muzik. Terima kasih kepada semua murid yang terlibat walaupun mereka baru lepas Peperiksaan Pertengahan Tahun dan terpaksa mula latihan.

Friday, June 4, 2010

Persembahan Koir Sempena Hari Guru Peringkat Daerah 2010




Pada tahun ini, SMKTAR telah dilantik sebagai AJK Persembahan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah pada 3 Jun 2010 di Institut Latihan Perindustrian. AJK Persembahan ini diketuai oleh Pengetua SMKTAR En Ng Tong Koang. Antara persembahan yang perlu disediakan oleh SMKTAR ialah satu pasukan koir dan gamelan.

Satu pasukan koir yang terdiri daripada 40 orang ahli telah ditubuhkan. Daripada 40 orang guru, 20 orang guru adalah terdiri daripada guru SMKTAR dan 20 daripada guru disekitar sekolah SPS. Sebanyak 4 kali latihan dan setiap kali latihan ialah 3 jam di bawah pimpinan En Lee Chai Huat. Koir ini telah berjaya membuat persembahan tiga buah lagu iaitu Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa (Lagu Tema) dan sebuah lagu medley iaitu Medley Twist. Walaupun latihan yang begitu singkat, guru ini telah memberikan satu komitment yang tinggi dan kerja sama yang baik untuk menjayakan persembahan ini. Oleh kerana kesuntukan masa, maka koir ini berbentuk unison, tapi guru bertungkus lumus menghafal lirik lagu... Syabas dan tahniah diucapkan. Mereka hanya menggunakan 30 minit iaitu sebelum membuat persembahan untuk melatih gerak-geri bagi memeriahkan lagi persembahan. Memang semua guru ini serba boleh... I respect you all. Thank you and great to have you all in this group.

Sunday, May 30, 2010

Bengkel Wayang Kulit Pada 30 Mei 2010 di Pusat Seni USM





Kali pertama kami didedahkan kepada muzik wayang kulit. 3 orang murid telah dibawa ke Pusat Seni dan diberikan satu latihan bermain alat muzik wayang kulit. Mereka sangat minat dan enggan balik daripada bengkel tersebut. Saya sangat kagum dan atas minat murid ini, saya mohon agar En Jufry dapat berkongsi kepakaran beliau dengan murid di sekolah ini. Akhirnyag En Jufry telah bersetuju dan akan adakan satu bengkel bagi murid di SMKTAR. Sesiapa yang minat boleh berhubung dengan Cikgu Lee sebelum 3 Jun 2010. Kumpulan ini hanya dihadkan kepada 10 orang murid.

Monday, April 19, 2010

Tugasan untuk 26-29 April 2010

Pada 26 hingga 29 April 2010, Saya, En Lee tidak dapat hadir ke sekolah kerana ada mesyuarat penting di luar kawasan sekolah. Oleh yang demikian, kelas Pendidikan Muzik di luar waktu sekolah seperti berikut tidak perlu hadir ke sekolah pada masa tersebut. Yang berikut merupakan tugasan yang perlu disiapkan


26 April 10
Isnin
3USM

8.05am -9.15am Kemaskini latihan dalam buku aktiviti sehingga m.s 32.
1USM
11.20am-1.05pm Cari bahan tentang istilah tekstur iaitu MONOFONI dan HOMOFONI. Baca tentang bahan tersebut. Buat refleksi tentang tekstur berikut dan hantar pada 3 Mei 2010. Anda boleh layari blog
http://muzikkbsm.blogspot.com/ untuk bacaan asas Rumah
2USM
1.05pm -2.15pm Kemaskini laithan dalam buktu aktiviti sehingga m.s 51
27 April 10
Selasa
2USM

11.20am -1.05am  Latihan rekoder lagu”Etude’ (skor m.s 46 buku aktiviti sehingga bar )
 Menyiapkan folio untuk Penilaian Pertengahan Tahun Rumah
1UM
1.05pm -2.15pm Kemaskini latihan dalam buku aktiviti sehingga m.s 38
28 April 10
Rabu
1UM

11.20am -1.05pm Cari bahan tentang istilah tekstur iaitu MONOFONI dan HOMOFONI. Baca tentang bahan tersebut. Buat refleksi tentang tekstur berikut dan hantar pada 3 Mei 2010. Anda boleh layari blog
http://muzikkbsm.blogspot.com/ untuk bacaan asas
Rumah
3USM
1.05pm -2.55pm  Latihan rekoder Lagu “Rondo’ (skor m.s 33. dlm buku Aktiviti) sehingga bar 16).
 Menyiapkan folio untuk Penilaian Pertengahan Tahun Rumah
1USM
2.55pm -4.05pm Kemaskini latihan dalam buku aktiviti sehingga m.s 38
29 April 10
Khamis
4 & 5 Gabung

1.05-2.55pm Menyiapkan folio untuk Pertengahan Tahun Rumah

Saturday, April 3, 2010

Pendedahan Permainan Sape oleh Dr Chan Cheong Jan dari UPM












Pada 2, 3 April 2010 satu Bengkel Pendedahan Permainan Alat muzik Sape oleh Dr Chan Cheong Jan, Jabatan Muzik UPm, Serdang telah diadakan di SMKTAR. Sebanyak 28 orang murid telah menyertai ceramah dan bengkel Sape termasuk 3 orang guru. Sebenarnya sebanyak 85% belum pernah melihat Sape dan menyentuhnya. Kami anggap pada kali ini kami akan diajar untuk memegang. Tetapi tidak, kami telah diajar sebuah lagu ensembel. Selama 4 jam, kami telah membuat persembahan secara ensembel. .. Syabas...