Saturday, June 5, 2010

Persembahan Gamelan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Selatan Pada 3 Jun 2010




Pasukan gamelan dan caklempong telah dijemput untuk membuat lagu selingan dan iringan semasa penyampaian anugerah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah SPS 2010 di ILP pada 3 Jun 2010. Walaupun seminggu latihan, maka kumpulan ini telah berjaya memainkan beberapa lagu. Antaranya Dikir Puteri, Timang Burung, Perang, Madu dan Racun, Shanghai Beach, dan Flower drum Songs. Terima kasih semua murid yang terlibat. Selain itu, pihak sekolah ini merakamkan jutaan terima kasih kepada tiga orang bekas pelajar iaitu Lee Ai Win, Lim Khai Chee dan Teoh Wen Xin kerana sudi meluangkan masa untuk membantu melatih murid ini walaupun mereka bercuti. Khidmat bantuk mereka amat diperlukan kerana latihan koir dan gamelan diadakan serentak dan En Lee Chai Huat terpaksa mengendalikan koir. Saya amat bangga dengan mereka kerana mereka adalah satu-satu bekas murid yang dapat membantu sekolah dalam bidang muzik. Terima kasih kepada semua murid yang terlibat walaupun mereka baru lepas Peperiksaan Pertengahan Tahun dan terpaksa mula latihan.

Friday, June 4, 2010

Persembahan Koir Sempena Hari Guru Peringkat Daerah 2010




Pada tahun ini, SMKTAR telah dilantik sebagai AJK Persembahan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah pada 3 Jun 2010 di Institut Latihan Perindustrian. AJK Persembahan ini diketuai oleh Pengetua SMKTAR En Ng Tong Koang. Antara persembahan yang perlu disediakan oleh SMKTAR ialah satu pasukan koir dan gamelan.

Satu pasukan koir yang terdiri daripada 40 orang ahli telah ditubuhkan. Daripada 40 orang guru, 20 orang guru adalah terdiri daripada guru SMKTAR dan 20 daripada guru disekitar sekolah SPS. Sebanyak 4 kali latihan dan setiap kali latihan ialah 3 jam di bawah pimpinan En Lee Chai Huat. Koir ini telah berjaya membuat persembahan tiga buah lagu iaitu Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa (Lagu Tema) dan sebuah lagu medley iaitu Medley Twist. Walaupun latihan yang begitu singkat, guru ini telah memberikan satu komitment yang tinggi dan kerja sama yang baik untuk menjayakan persembahan ini. Oleh kerana kesuntukan masa, maka koir ini berbentuk unison, tapi guru bertungkus lumus menghafal lirik lagu... Syabas dan tahniah diucapkan. Mereka hanya menggunakan 30 minit iaitu sebelum membuat persembahan untuk melatih gerak-geri bagi memeriahkan lagi persembahan. Memang semua guru ini serba boleh... I respect you all. Thank you and great to have you all in this group.