Thursday, February 25, 2010

Persembahan Jamuan Terbuka Tahun Baru Cina di Lebuh Pitt, Pulau Pinang Pada 20 Februari 2010





















Pada 20 Februari 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Klan Cina Pulau Pinang, dan Gabungan belia Persatuan Klan Cina Pulau Pinang telah meraikan sambutan Perayaan Kebudayaan dan Warisan Tahun Baru Cina sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2010 di Lebuh Pitt. Pasukan kompang dan gamelan telah dijemput untuk membuat persembahan. Pasukan gamelan telah membuat persembahan yang hebat dan dikagum oleh pengunjung di sekitar Pulau Pinang. Mereka telah mencatat satu kejayaan yang cemerlang sehingga dijemput untuk membuat persembahan oleh J/K Pembangunan dan Kebudayaan pada 28 Februari 2010. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat dalam persembahan kompang berformasi dan pasukan gamelan dan caklempong. .......... Mereka telah berjaya mengharumi nama sekolah SMK Tunku Abdul Rahman Nibong Tebal. ....