Wednesday, March 31, 2010

AFS Roadshow di SMKTAR











Pada 30 Mac 2010, AFS Penang Chapter telah mengadakan satu roadshow di sekolah ini. Pn Norliza Leow dan Pn Marziyah yang mewakili AFS Penang Chapter telah memberi satu taklimat tentang program yang ditawarkan kepada murid tingkatan 4 &5. Selain itu, mereka juga membawa bersama dua pelajar dari Jerman dan Perancis, dan seorang pelajar yang baru balik dari Jerman untuk berkongsi pengalaman tentang program yang disertai. Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada murid di SMKTAR. Murid juga diberikan peluang untuk bersoal jawab berbincang dengan pelajar tersebut.

Sunday, March 7, 2010

Hari Sukan Tahunan 2010












Pada 5 Mac 2010, Hari Sukan Tahunan Sekolah telah diadakan. Pasukan kompang dan Senam Tari yang kebanyakan murid tingkatan Satu telah berjaya membuat persembahan yang bertema Amalan Giat Hidup Sihat Melalui Senam Tari. Amalan Giat Hidup Sihat Melalui Senam Tari adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Muzik iaitu memberikan kesedaran kesukanan kepada murid. Selain itu, pasukan brass band SMKTAR yang telah ditubuhkan pada 15 Disember 2010 telah mencatat sejarah kerana mengiringi nyanyian lagu kebangsaan dan negeri dan perarakan. Mereka juga berjaya membuat persembahan statik dua buah lagu.....

Saturday, March 6, 2010

Pesta Ang Pow 2010






Pada 27 Februari 2010 hari Sabtu, satu program integriti 1 Malaysia telah dianjurkan bersama dengan Kelab Seni Budaya, Persatuan Bahasa Cina, Persatuan Agama Budha, Kelab Orkestra Cina dan Kelab Rukun Negara. Pesta Ang Pow telah diadakan bagi tujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan tentang kebudayaan Cina dan maklumat tentang Tahun Baru Cina. Di samping itu, Kelab Rukun Negara mengambil kesempatan untuk menjemput Perkis untuk turut bersama meraikan Tahun Baru Cina. Pesta Ang Pow ini merupakan titik permulaan diperkenalkan untuk memberi peluang kepada pelajar yang berbilang kaum bersama-sama dan memberikan satu persembahan yang berbentuk 1 Malaysia yang boleh dicontohi. Sebagai contoh pasukan gamelan dan caklempong yang berbilang kaum telah mempersembahkan lagu Tahun Baru
Cina selain daripada muzik tradisional gamelan dan caklempong. Tarian India juga dipersembahkan pada malam tersebut. En Khor Aik Kin selaku Penasihat Persatuan Bahasa Cina telah bertungkus lumus mencari bahan dan pertunjukan tarian singa, naga, gendang 24 musim untuk dikongsi bersama dengan murid.


MyPenang CNY Reunion and Chap Goh Meh Celebration












Pada 28 Februari 2010, pasukan gamelan dan caklempong telah dijemput oleh J/K Pembangunan dan Kebudayaan bersama dengan Go International membuat persembahan di Padang Kota Lama jam 7.30pm. Pasukan ini telah mempersembahkan dua buah lagu medley dan telah berjaya membawa identiti Sekolah sebagai satu sekolah yang menjana 1 Malaysia.