Monday, December 21, 2009

Program Amalan Gaya Sihat Melalui Senam Tari







Panitia Pendidikan Muzik SMKTAR telah menganjurkan Program Amalan Gaya Sihat Melalui Senam Tari pada 7 Februari 2009 - 27 Februari 2009. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan sukan. Antara objektif program ini adalah seperti berikut:

  1. mewujudkan budaya hidup sihat dengan Amalan Gaya Sihat dalam kalangan murid
  2. mewujudkan kesedaran dan penghargaan terhadap semangat kesukanan
  3. memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan secara aktif dalam sukan
  4. membimbing murid cara menguruskan masa dengan baik
  5. mengeratkan perhubungan antara murid yang berbilang kaum
  6. memupuk semangat kerjasama antara murid
  7. memberikan kesedaran kepada murid tentang tarian tradisional dan etnik Malaysia
Pada 27 Februari 2009 sempena Hari Sukan Tahunan Sekolah, sebanyak 350 orang murid telah melibatkan diri dan menyertai Senam Tari dan Ginamstik. Kesungguhan dan minat murid telah diteruskan dan pada 14 November 2009 aktiviti ini telah diteruskan dan membuat satu lagi persembahan sempena Hari Anugerah Ko-kurikulum Peringkat Daerah Anjuran PPD Selatan di ILP Nibong Tebal