Monday, December 21, 2009

Program Amalan Gaya Sihat Melalui Senam Tari







Panitia Pendidikan Muzik SMKTAR telah menganjurkan Program Amalan Gaya Sihat Melalui Senam Tari pada 7 Februari 2009 - 27 Februari 2009. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan sukan. Antara objektif program ini adalah seperti berikut:

  1. mewujudkan budaya hidup sihat dengan Amalan Gaya Sihat dalam kalangan murid
  2. mewujudkan kesedaran dan penghargaan terhadap semangat kesukanan
  3. memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan secara aktif dalam sukan
  4. membimbing murid cara menguruskan masa dengan baik
  5. mengeratkan perhubungan antara murid yang berbilang kaum
  6. memupuk semangat kerjasama antara murid
  7. memberikan kesedaran kepada murid tentang tarian tradisional dan etnik Malaysia
Pada 27 Februari 2009 sempena Hari Sukan Tahunan Sekolah, sebanyak 350 orang murid telah melibatkan diri dan menyertai Senam Tari dan Ginamstik. Kesungguhan dan minat murid telah diteruskan dan pada 14 November 2009 aktiviti ini telah diteruskan dan membuat satu lagi persembahan sempena Hari Anugerah Ko-kurikulum Peringkat Daerah Anjuran PPD Selatan di ILP Nibong Tebal




Monday, November 2, 2009

Pasukan Gamelan dan Caklempong


Pasukan Ensembel Gamelan dan Caklempong telah membuat persembahan di Konsert Emas. Mereka telah mempersembahkan tiga buah lagu iaitu Timang Burung dan Dikir Putri

Saturday, October 31, 2009

Pendidikan Muzik SPM 2621 pada tahun 2010

Kepada Semua Murid Yang Mengambil Mata Pelajaran Pendidikan Muzik Tingkatan Empat
Satu taklimat tentang Kertas Pendidikan Muzik SPM 2010 akan diadakan di sekolah pada 19 November 2009 hari Khamis Jam 1.05pm di Bilik Muzik. Sesiapa yang ingin mengambil peperiksaan Pendidikan Muzik SPM 2010 mesti hadir.
Terima kasih.

CD Konsert Emas 2009

Cd Konsert Emas 2009 telah siap. Terdapat 2 Cd yang terdiri daripada semua acara persembahan dan drama muzikal 'Butterfly Lovers'. Harga kedua-dua Cd ialah RM10. Sesiapa yang berminat sila berjumpa dengan Khor Chie Yie di 4UUM tel 0174314760

Friday, October 30, 2009

Konsert Emas 2009

Terima kasih kepada krew Konsert Emas 2009 yang menjayakan Konsert ini pada 15 Ogos 2009

Mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik Ke4

Kepada
En Saiful Adli
Pemangku Guru Kanan Kemanusiaan
Cik Ng Mooi Hong

Mesyuara Panitia Pendidikan Muzik ke 4 akan diadakan pada 3 hb November 2009 di Bilik Muzik jam 1.00pm
Terima kasih.